You are currently viewing Dari Tanpa Jenama Ke Caltex

Dari Tanpa Jenama Ke Caltex

Sekitar tahun 2005-2006, selaras dengan perubahan dasar kerajaan, setiap stesen minyak di Malaysia diwajibkan untuk berniaga di bawah jenama syarikat minyak yang diluluskan oleh pihak kerajaan sahaja. Pada masa itu, Pen Petroleum telah berjumpa dengan beberapa pemilik stesen minyak yang terjejas untuk merancang pelan pernigaan yang bermanfaat kepada kedua-dua pihak. Stesen-stesen minyak tersebut kemudiannya dilantik sebagai Rakan Niaga kami dan telah memajukan perniagaan stesen minyak di bawah jenama Caltex, di bawah seliaan Pen Petroleum.

Hampir 15 tahun telah berlalu. Sesetengah Rakan Niaga telah pun ‘separa bersara’, di mana mereka telah melatih generasi kedua dalam keluarga untuk mengambil alih perniagaan stesen minyak tersebut. Salah satu stesen berkenaan adalah Mayang Mass Trading yang bertempat di Bagan Serai, Perak. Pengasas stesen ini dikenali sebagai Encik Aris Bin Manan. Beliau telah bersara kebelakangan ini. Stesen minyak sekarang dikendalikan oleh anak lelaki beliau yang berkarisma, Encik Muhammad Afiq Bin Aris yang berusia 32 tahun.

Kami menemu-ramah Rakan Niaga dari dua generasi mengenai pengalaman mereka sebagai stesen yang bertukar dari stesen tanpa jenama kepada jenama Caltex.

⊕ Apakah perbezaan perniagaan stesen minyak – sebelum & selepas bertukar kepada jenama Caltex?
Jualan minyak meningkat. Imej stesen lebih cantik. Selepas menukar lambang, pelanggan pun mempunyai keyakinan terhadap kualiti minyak kami kerana Caltex adalah jenama unggul.

⊕ Kongsikan usaha tambahbaik yang dibuat oleh Rakan Niaga selama ini untuk memajukan jualan stesen?
Kami pernah menaik taraf imej stesen di mana lantai ‘forecourt’ disimen secara penuh. Kami juga mengecat semula stesen. Perkara-perkara sebegini membuat pelanggan berasa lebih selesa apabila mereka mengepam di stesen kami. Kami turut ‘train’ staf-staf kami supaya melayan pelanggan dengan lebih mesra kerana ianya satu elemen yang betul-betul boleh menarik pelanggan baru dan mengekalkan pelanggan sedia ada. Selain itu, selepas Afiq ambil alih, stesen selalu mengadakan promosi bulanan untuk memberi pulangan kepada pelanggan.

⊕ Tahap kepuasan terhadap sokongan dari Pen Petroleum selama ini, sila beri markah:
5/5 Bintang 

⊕ Tahap kepuasan terhadap sokongan dari Chevron Malaysia selama ini, sila beri markah:
5/5 Bintang 

⊕ Nasihat Rakan Niaga (generasi pertama) kepada generasi baru?
⇒  Sentiasa mencari idea yang baru dan menambah baik perniagaan dari semasa ke semasa. Perlu sentiasa mengikuti pekembangan teknologi dan menggunapakai teknologi untuk membantu urusan perniagaan.

Leave a Reply