You are currently viewing #4StarCardsBy2021

#4StarCardsBy2021

#4StarCardsBy2021

StarCard adalah salah satu cabang bagi sesebuah stesen Caltex untuk menjana pertumbuhan jualan secara berkesan dan berterusan. Ini disebabkan ia mendapat sokongan daripada syarikat SME dan pengangkutan besar kepada stesen dalam segmen StarCard ini.

Pada tahun 2020, kelompok pelanggan StarCard di bawah stesen-stesen rangkaian kami menyumbangkan hampir 395 ribu liter jualan. Kami mengkaji semula dan telah mengenal pasti faktor-faktor yang boleh menambahbaik prestasi StarCard kami.

Pada tahun 2021 (sehingga bulan Jun), sebanyak 24 permohonan baru Starcard telah diterima dan diluluskan, iaitu hampir 100% kadar kelulusan). “Apa yang menggembirakan kami adalah, selain daripada pelanggan StarCard yang sedia ada, kelompok pelanggan StarCard baru ini telah menyumbangkan sebanyak hampir 107 ribu liter jualan kepada stesen-stesen kami. Ini membawa kepada pertumbuhan jualan sebanyak 52% berbanding dengan jualan keseluruhan tahun 2020,” ujar wakil pasukan runcit Pen Petroleum, Encik Khairil Jamal (KJ). “Oleh itu, saya berharap semua stesen dapat melihat potensi dari segmen StarCard ini. Ianya dapat membantu pertumbuhan jualan di stesen anda secara berkesan dan berkesinambungan (effective and sustainable).”

 

#4StarCardsBy2021

Berikut adalah stesen-stesen yang berjaya mendaftar pelanggan baru StarCard pada tahun 2021 (setakat Julai), tahniah kami ucapkan dan terus berusaha lagi!

⇒ 4 pendaftaran baru

  • JS Stesen Sdn Bhd

⇒ 3 pendaftaran baru

  • Azwanis Caltex

⇒ 2 pendaftaran baru

  • Lunas Jaya Petrol Sdn Bhd
  • Othomats Holding (M) Sdn Bhd
  • Othomats Petrol Servis Station
  • Pen Harmoni Sdn Bhd
  • Yih Langat Sdn Bhd

⇒ 1 pendaftaran baru

  • Bintang Ceria Trading
  • Chop Tian Aik
  • Chuan Seng
  • DT&T Express Sdn Bhd
  • Full Sheng Enterprise Sdn Bhd
  • Mason Enterprise Sdn Bhd
  • Million Station Sdn Bhd
  • Muliajaya Service Station
  • Pen Cempaka Sdn Bhd
  • Teratunas Sdn Bhd

 

Pada bulan Julai yang lepas, pasukan runcit kami telah mengadakan 4 sesi latihan ulangkaji StarCard (StarCard Refresher Training) yang eksklusif kepada Rakan Niaga Pen Petroleum. Sesi-sesi tersebut disambut hangat oleh sebanyak 68 stesen dari kawasan Utara, Tengah & Selatan dan Pantai Timur. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan StarCard dari Chevron Malaysia khasnya Cik Gan, Encik Andy dan Cik Ivy kerana menyokong penuh sesi-sesi latihan ini.

Kami ingin menyeru para Rakan Niaga untuk berusaha dalam menarik pelanggan StarCard. Bagi mereka yang belum cuba, jangan khuatir. Jom tetapkan sasaran yang praktikal iaitu “4 StarCard dalam tahun 2021”. Kami percaya bahawa informasi dan latihan yang disediakan seperti di atas dapat memanfaatkan para Rakan Niaga. Semoga pengembaraan StarCard anda berjalan lancar!

#4StarCardsBy2021

 

Temu ramah dengan Mason Enterprise Sdn Bhd mengenai StarCard: [Klik sini].

Leave a Reply