You are currently viewing Terima Kasih Barisan Hadapan Caltex

Terima Kasih Barisan Hadapan Caltex

Kebelakangan ini, beberapa orang pekerja di stesen minyak Caltex di bawah rangkaian Pen Petroleum telah melaporkan kes positif COVID-19. Lanjutan daripada kes-kes sebegini, sesetengah stesen terpaksa tutup sementara waktu kerana kekurangan kakitangan. Semua kakitangan dan rakan niaga yang mempunyai kontak rapat dengan pekerja-pekerja yang dijangkiti perlu membuat saringan COVID-19 di KKM dan kuarantin di rumah masing-masing sementara menunggu keputusan ujian.

Pihak Pen Petroleum amat terkilan dengan kejadian kes COVID-19 yang dialami oleh semua. Semoga pekerja-pekerja tersebut menerima rawatan yang sebaik-baiknya di hospital dan cepat sembuh.

Pada saat yang genting ini, kami faham bahawa kerja barisan hadapan memang berganda kesukarannya, kerana perlu mencari keseimbangan di antara rezeki dan keselamatan kendiri.

Sebagai tanda penghargaan kepada semua barisan hadapan Caltex tanpa mengira peranan, termasuk Rakan Niaga, CSR, juruwang, tukang cuci, pegawai sekuriti dan sebagainya, pihak pengurusan Pen Petroleum telah menghadiahkan satu baucar KFC kepada setiap orang barisan hadapan di stesen Caltex kami. Terima kasih kerana terus berkhidmat demi kebaikan pelanggan Caltex.

Terima Kasih, Hero Caltex!

 

Leave a Reply