You are currently viewing Ohayo Jepun!

Ohayo Jepun!

Tahniah kami ucapkan kepada pemenang-pemenang promosi Ohayo Jepun!

Kami amat teruja apabila menerima berita baik bahawa 2 pemenang yang bertuah dalam promosi nasional Ohayo Jepun yang dikelolakan oleh Chevron Malaysia adalah pelanggan dari rangkaian stesen seliaan Pen Petroleum, iaitu stesen Hikmat Cempaka Service Station (Ampang) and Hikmat Service Station (Gua Musang).

Omedetou gozaimasu (membawa maksud ‘tahniah’ dalam Bahasa Jepun)!

Setiap pemenang tersebut masing-masing telah memenangi hadiah tempat kedua, iaitu pakej pelancongan ke Jepun yang bernilai RM15,000. Memandangkan COVID-19 masih berleluasa, Chevron Malaysia telah secara prihatinnya menukar bentuk hadiah tersebut kepada wang tunai RM10,000 dan StarCash bernilai RM5,000. Terima kasih, Chevron kerana sentiasa menjaga pelanggan kami. Senyuman di wajah pelanggan kami memberi motivasi kepada kami untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik di stesen minyak Caltex.