You are currently viewing Pengumuman Pembukaan Stesen Baru – TI Maju Service Station

Pengumuman Pembukaan Stesen Baru – TI Maju Service Station

Dengan suka citanya, diumumkan pembukaan stesen minyak baru kami yang kedua pada tahun 2021 – TI Maju Service Station. Tahniah diucapkan!

TI Maju Service Station juga dikenali sebagai Caltex Pintu Geng. Stesen tersebut menyediakan produk penuh Caltex seperti Techron 95, Techron 97, Diesel Techron® D (Euro 5) B10 dan minyak pelincir. Stesen tersebut juga bakal membangunkan kedai serbaneka berjenama Xpress Point yang akan menjual barangan dan makanan keperluan harian pelbagai jenis.

Kami mengucapkan tahniah kepada Rakan Niaga, Encik Ku Din Bin Tuan Ismail dan pasukannya atas pembukaan stesen baru. Selamat menyertai keluarga PenPec dan Chevron dan semoga perjalanan seterusnya dipermudahkan.

Jom mengepam di stesen Caltex Pintu Geng!

Butiran stesen:-

Address: TI Maju Service Station, S/64, Lot 2606, Kg. Pintu Geng, Jalan Pintu Geng, 15100 Kota Bharu, Kelantan.
GPS Coordinates: 6.096838, 102.230682
Telephone number: 013-982 6042
Facebook page: TI Maju Service Station

Leave a Reply