You are currently viewing Raya Maya PenPec 2021

Raya Maya PenPec 2021

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Tidak pernah terpintas fikiran kami bahawa sewaktu pandemik, kami boleh meraikan hari yang istimewa bersama-sama dengan semua Rakan Niaga, tanpa had jarak.

Dengan usaha tungkus-lumus dari pekerja-pekerja Pen Petroleum dan Xpress Point, dan disertakan dengan kerjasama penuh daripada pihak Rakan Niaga, hasrat kami untuk menganjurkan rumah terbuka Hari Raya secara dalam talian atau maya, telah termakbul pada 19hb Mei 2021 yang lepas.

Petikan ucapan Puan Saw Siam Ching, Pengurus Besar Kumpulan PenPec adalah seperti berikut:

Disebabkan pandemik, kami kini beraya dengan cara baharu – Rumah Terbuka virtual. Bah kata pepatah, “Jauh di mata, Dekat di hati”.  Walaupun tidak bersemuka, saya tetap rasa amat gembira kerana dapat berkumpul dengan semua Rakan Niaga untuk menyambut Hari Raya…. Bagi pihak Pen Petroleum, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Rakan Niaga, pekerja-pekerja dan ahli-ahli keluarga anda. Maaf zahir dan batin. Semoga kita kekal sihat, kekal selamat.”

Leave a Reply