You are currently viewing Infaq Kasih

Infaq Kasih

Buat julung kalinya Pihak Pen Petroleum menjalankan program CSR “Bank Makanan” atau lebih dikenali sebagai “Food Bank” bersama Rakan Niaga di bawah rangkaiannya.

Sehingga 18 Ogos 2021, jumlah stesen yang terlibat secara langsung program CSR tersebut adalah sebanyak 24 buah stesen dari seluruh Semenanjung Malaysia.

Para Rakan Niaga telah menyediakan sumbangan bahan makanan harian untuk diberikan secara percuma di stesen. Antara bahan makanan yang disediakan termasuklah beras, gula, tepung, minyak masak, roti, mi dan sebagainya, mengikut keupayaan stesen masing-masing. Bagi mereka yang menyertai program ini, pihak Pen Petroleum pula menyokong dari segi bekalan keperluan pandemik seperti pelitup muka dan cecair pencuci tangan.

Program ini telah mencapai matlamat kami  iaitu untuk turut sama membantu masyarakat setempat yang memerlukan bantuan menghadapi situasi pandemik yang amat mencabar ini.

Pihak kami berterima kasih kepada Rakan Niaga dan kakitangan yang menjayakan usaha amal ini.

Senarai stesen-stesen yang terlibat: –

Negeri Stesen
Pulau Pinang 1.    Estewell Sdn Bhd (Caltex Jalan Song Ban Kheng)
2.    Teik Sang Service Station Sdn Bhd (Caltex Bagan Ajam, Butterworth)
3.    Lean Huat & Co (Caltex Kepala Batas)
4.    Chuan Hin Services Station (Caltex Tasek Gelugor)
5.    Samza Enterprise (Caltex Permatang Sireh)
6.    Yih Langat Sdn Bhd (Caltex Simpang Ampat)
Kedah 7.    Hock Hin (Caltex Baling)
8.    Petrola Trading (Bedong) Sdn Bhd (Caltex Bedong)
9.    Kwang Service Station (Caltex Bakar Arang Sungai Petani)
10.  Sungai Salleh Gasoline (Caltex Sungai Salleh)
Perak 11.  CF Service Station Sdn Bhd (Caltex Assam Kumbang)
12.  Hoon Kheng Service Station (Caltex Sungai Siput)
Perlis 13.  Yun Sinar Bahagia Enterprise (Caltex Berseri)
14.  D Zunas Maju Sdn Bhd (Caltex Jalan Kaki Bukit)
15.  Jali Enterprise (Caltex Titi Chai)
Selangor 16.  JS Station Sdn Bhd (Caltex Kuala Selangor)
17.  Hikmat Cempaka Service Station (Caltex Taman Cempaka)
Pahang 18.  Premium Shares  Sdn Bhd (Caltex Gebeng)
19.  Nagahua Corporation Sdn Bhd (Caltex Bandar Inderapura)
20.  Popular Niches Sdn Bhd (Caltex Feri Jerantut)
21.  Popular Niches Sdn Bhd (Caltex Jengka 8)
Terengganu 22.  HAA Bunga Raya Enterprise (Caltex Simpang Durian Mentagau)
Melaka 23.  RA Services (Bukit Katil) Sdn Bhd (Caltex Bukit Katil)
Kelantan 24.  Adri Emas Sdn Bhd (Caltex Tendong)

 

Leave a Reply