You are currently viewing Wira Caltex

Wira Caltex

Kakitangan stesen adalah aset kami yang amat dihargai. Tanpa sokongan daripada pihak staf yang berdedikasi, sesebuah stesen tersebut tidak akan mendapat pencapaian yang baik walaupun mempunyai peralatan atau fasiliti yang ‘tip-top’.

Pihak kami percaya bahawa program Wira Caltex adalah satu program yang amat bermakna di mana ianya begitu eksklusif kepada kakitangan Caltex sahaja.

Dengan besar hatinya kami ingin berkongsi bahawa seramai 156 orang pekerja di stesen-stesen rangkaian Pen Petroleum telah muncul sebagai pemenang Wira Caltex pada fasa pra-pendaftaran.

Tahniah kami ucapkan kepada mereka yang menang. Semoga anda terus bermaju jaya bersama dengan Caltex. Terima kasih kerana menjadi Wira Caltex yang membanggakan kami.

Leave a Reply