{"id":1169,"date":"2021-08-24T14:45:32","date_gmt":"2021-08-24T14:45:32","guid":{"rendered":"https:\/\/penpetroleum.com.my\/news\/?p=1169"},"modified":"2021-08-24T14:45:32","modified_gmt":"2021-08-24T14:45:32","slug":"infaq-kasih","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/penpetroleum.com.my\/infaq-kasih\/","title":{"rendered":"Infaq Kasih"},"content":{"rendered":"

Buat julung kalinya Pihak Pen Petroleum menjalankan program CSR \u201cBank Makanan\u201d atau lebih dikenali sebagai \u201cFood Bank\u201d bersama Rakan Niaga di bawah rangkaiannya.<\/p>\n

Sehingga 18 Ogos 2021, jumlah stesen yang terlibat secara langsung program CSR tersebut adalah sebanyak 24 buah stesen dari seluruh Semenanjung Malaysia.<\/p>\n

Para Rakan Niaga telah menyediakan sumbangan bahan makanan harian untuk diberikan secara percuma di stesen. Antara bahan makanan yang disediakan termasuklah beras, gula, tepung, minyak masak, roti, mi dan sebagainya, mengikut keupayaan stesen masing-masing. Bagi mereka yang menyertai program ini, pihak Pen Petroleum pula menyokong dari segi bekalan keperluan pandemik seperti pelitup muka dan cecair pencuci tangan.<\/p>\n

Program ini telah mencapai matlamat kami\u00a0 iaitu untuk turut sama membantu masyarakat setempat yang memerlukan bantuan menghadapi situasi pandemik yang amat mencabar ini.<\/p>\n

Pihak kami berterima kasih kepada Rakan Niaga dan kakitangan yang menjayakan usaha amal ini.<\/p>\n